Blogger Widgets

Sunday, October 6, 2013

10 Aplikasi Opensource Terbaik untuk Komputer

Opensource merupakan satu platfom·i di mana setiap aplikasi yang dicipta bersandarkan kepada sumber kod terbuka yang dikongsi bersama oleh umum. Oleh sesiapa sahaja boleh contribute atau menyertai untuk menambaikkan source code untuk sebarang aplikasi tersebut. Ianya berbeza dengan sumber kod tertutup seperti kod untuk membentuk aplikasi komersial berbayar seperti Windows, atau kod untuk mencipta
aplikasi komersial percuma seperti Adobe PDF Reader, yang mana ianya hanya diketahui oleh para programmer yang mewujudkan sahaja (Microsoft).

Bertitik tolak daripada sinilah, maka wujudnya perisian—perisian OpenSource yang sememangnya PERCUMA berbanding dengan perisian berbayar seperti Microsoft Oflice. Perisian atau aplikasi percuma ini biasanya didatangkan dengan pelbagai platform Sistem Operasi (OS) seperti Windows, Linux, Windows Mobile, Android dan Iain-Iain Iagi.

Di sini terdapat senarai 10 aplikasi opensource yang patut anda gunakan di komputer anda, seterusnya tidak perlu lagi menggunakan perisian cetak rompak disebabkan harganya yang terlalu tinggi untuk dimiliki.


1. Libre Office
Libre Oflice merupakan aplikasi pejabat bersepadu alternatif kepada Micosoft Oflice. Dengan antaramuka yang senang dipelajari dan mudah digunakan, andajuga boleh menggunakan format fail yang sedia ada seperti format Micrsoft Word, Excel, PowerPoint dan banyak lagi. lni memudahkan lagi untuk anda menyunting dokumen yang sedia ada. Tambahan pula, ia didatangkan dengan pelbagai bahasa dunia seperti Bahasa Melayu.


2. The GIMP
'I'he GIMP (GNU Image Manipulation Program) merupakan aplikasi graiiks yang popular seimbang dengan program berbayar Photoshop daripada Adobe. Ianya mampu menyunting pelbagai format gratiks, dan berkebolehan setanding dengan Photoshop dalam memanipulasi imej/gambar atau foto.


3. Scribus
Scribus merupakan aplikasi professional untuk membentuk post produksi majalah, akhbar, buku atau pelbagai jenis makalah lain. Anda tidak perlu berbelanja besar membeli program seperti Adobe Pagemaker atau Quark Express untuk melakukan perkara yang sama. Ianya dicipta untuk pelbagai platform OS seperti Windows dan Linux/Unix.




4. Inkscape
Jika Windows popular dengan Corel Draw atau Adobe Illustrator, Opensourece pula polular dengan lnkscape. lnkscape merupakan program illustrasi vektor menyamai keupayaan program berbayar seangkatannya. Dengan menggunakan fom·iat universal yang popular seperti SVG, ianya memudahkan lagi untuk anda bertukar fail dengan aplikasi yang lain.


5.VLC Multimedia Player
VLC Multimedia player merupakan satu aplikasi pemain multimedia seperti Windows Multimedia Player. Bezanya ialah VLC player tidak memerlukan codec untuk dipasang pada Windows atau OS yang Iain. Berkeupayaan untuk memainkan pelbagai format video dan audio seperti MP3, MP4, MPEG, AVI, MKV, RVMB dan sebagainya.


6. FiIeZiIIa
FiIeZiIIa merupakan sebuah aplikasi pemindahan data melalui protokol FTP. Ianya amat mudah digunakan dan begitu pantas melakukan pemindahan data.


7. Paint.Net
Paint.net merupakan program kecil bertujuan untuk penyuntingan gambar dan foto dengan Iebih cepat dan ringkas. Anda tidak didedahkan dengan pelbagai fungsi yang komplikated seperti yabng terdapat pada program the GIMP atau Photoshop. Amat berguna untuk melakukan sesuatu suntingan ringkas pada gambar, atau hanya untuk menukarformat fail anda.


8. TrueCrypt
TrueCrypt merupakan program enkripsi, bertujuan untuk menghalang faiI—faiI anda atau data anda pada cakera keras daripada dicuri atau diintip oleh orang. TrueCrypt datang dengan pelbagai versi untuk platform Windows, Linux dan juga Mac.


9. 7-Zip
Merupakan program untuk meng"kompres" dan "unkompres" data seperti mana program WinZp dan WinRar. Bezanya program WinZip dan WinRar adalah berbayar. Mampu untuk melakukan "archiving/compressing" dalam pelbagai format "kompresi" seperti 7z, XZ,BZIP2,GZIP,TAR,ZIP dan WIM, manakala ia menyokong format fail ARJ, CAB, CHM, CPIO, CramFS, DEB, DMG, FAT, HFS, ISO, LZH, LZMA, MBR, MSI, NSIS, NTFS, RAR, RPM, SquashFS, UDF, VHD, WIM, XAR dan Z untuk "uncompress".


10. PDFCreator
PDFCreator ialah satu program utility untuk mencipta fail PDF daripada Windows anda melalui proses Printing/Mencetak. Apabila and memilih opsyen Print/Cetak pada Windows, ianya akan mencipta fail ebuku dengan format Adobe PDF yang boleh dibaca menggunakan pembaca PDF seperti Adobe Reader.

No comments:

Post a Comment