![]() |
| PMUKM bersama SUK Exco Kerajaan Negeri Selangor. |
MPP Mufaddal yang memimpin rombongan mahasiswa UKM telah membuat pertemuan dengan SUK Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Kerajaan Negeri Selangor di Pejabat Kerajaan Negeri Selangor. MPP Mufaddal telah membuat perbincangan mengenai masalah air dan juga menyerahkan petisyen ‘Mahasiswa Nak Air’.
![]() |
| PMUKM di Puncak Niaga Holdings BHD. |
MPP Afifah pula telah mengetuai rombongan mahasiswa UKM, menyerahkan petisyen ‘Mahasiswa Nak Air’ dan meminta penjelasan mengenai masalah air daripada Puncak Niaga Holdings BHD. yang juga merupakan syarikat pembekal air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) SDN. BHD.
Kedua-dua pihak yang bertanggungjawab di atas telah memberi respon yang positif dan bersedia untuk memberi kerjasama dengan PMUKM dalam usaha menyelesaikan masalah air ini.


No comments:
Post a Comment